Pages

Monday, July 30, 2012

4 cara menjana pendapatan online

4 cara untuk menjana Pendapatan Online

Terdapat barbagai cara untuk menjana pendapatan secara online. terpulang kepada kita untuk memilih, anda hanya perlu berfikir untuk memilih salah satu yang paling sesuai dengan kemampuan dan kebolehan anda.

Setiap orang boleh memulakan perniagaan online sendiri di rumah menggunakan salah satu daripada 4 cara berikut.

1. Program Affiliate – Ini adalah cara percuma dan mudah untuk memulakan perniagaan online di rumah. Ramai orang memilih untuk memulakan cara ini kerana anda akan diberikan hampir semua yang anda perlukan untuk memulakan. Satu yang menarik adalah ianya tidak memerlukan modal, hanya perlu belajar bagaimana untuk mengiklan perniagaan anda di internet.

2. Jual di eBay – Ramai orang yang telah berjaya melakukannya. Ianya adalah satu cara perniagaan online yang mudah untuk dimulakan.

Anda hanya perlu untuk mencari produk yang hendak dijual, kemudian buat lelongan diebay. Pelajari cara dan kaedah untuk membuat jualan di eBay kerana ianya memerlukan bebrapa teknik dan rahsia yang akan membolehkan anda menjana pendapatan secara online. Anda tidak akan mengetahuinya rahsia dan kaedah untuk menjual jika anda tidak meluangkan masa untuk belajar.

3. Pereka Website – Tahukah anda bagaimana membina website yang berkualiti? Jika jawapan anda ya, maka anda mempunyai potensi untuk memulakan perniagaan online anda sendiri.

Ramai orang yang memerlukan website mereka sendiri untuk memulakan perniagaan online tetapi tidak mempunyai masa atau tidak mahu belajar bagaimana untuk melakukannya sendiri. Jadi mereka bersedia untuk mencari orang yang mahir untuk membina website.

4. Freelance – Melakukan kerja untuk orang lain dengan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki seperti menjadi penulis sambilan, menjadi perunding bebas untuk syarikat dan orang perseorangan yang memerlukan khidmat untuk rekacipta logo dan sebaginya.

Ianya hanya beberapa cara untuk menjana pendapatan secara online yang anda boleh lakukan untuk membantu anda memulakan perniagaan online dirumah yang boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Terpulang kepada anda kerana semua keperluan diatas telah sedia untuk dipilih. Apa yang diperlukan ialah sanggup untuk belajar dan memiliki komitmen dan kesungguhan untuk melakukannya mengikut kemampuan dan kebolehan diri sendiri.
 
sumber: http://www.budaini.com

Free Template untuk blogspot anda

Senarai website yang menyediakan pelbagai template menarik untuk blog anda, yang penting boleh download secara PERCUMA!


http://starsunflowerstudio.blogspot.com
http://gimpedblog.blogspot.com/
http://btemplates.com
http://blogtemplate4u.com
www.bestbloggertemplates.net
http://www.problogtemplate.com/
http://sillygrrl.com
http://www.answerblogging.com/
http://www.junelily.com
http://free-blog-photo-templates.tis-gratis.com/




Akan diupdate lagi nanti...

Sunday, July 29, 2012

POLYVORE website percuma editing gambar yang aku paling suka lepak ;)

POLYVORE website percuma editing gambar yang aku paling suka lepak ;)

(klik gambo kalu tak nampak)

Nak create set untuk fesyen, nak buat header, nak buat banner dan macam2 lagi benda yang korang nak buat berkaitan dengan editing gambo, aku rasa website sangat membantu dan websitenya memang clean tak serabut perut engkorang nengok..apa lagi jom manfaatkannya sehabis baik ;)

Step 1;
Pi kat website www.polyvore.com

Step 2;

Buat akaun. Ini adalah pilihan. Anda masih boleh membuat set walaupun tanpa akaun. Tetapi untuk membolehkan anda menyimpan draf, design yang anda dah reka, menggunakan forum, anda wajib mempunyai akaun. Pilih "Register" di sudut atas kanan halaman dan masukkan maklumat yang mereka minta. Jika anda mempunyai akaun Facebook, boleh log in trus ;)

Step 3;

Begin designing!bila dah register lagi mudah la kerja anda, ikut segala panduan yang terdapat di website tersebut untuk memulakan tugas anda menjadi designer terhebat!!

Selamat mencoba ;)

Tukar tulisan rumi ke jawi dengan mudah!

dah 2 tahun aku tak menulis di blog ni, tahun ini  rasa terpanggil untuk berkongsi sedebu ilmu buat kawan2 seperjuangan. Entri kali ni memang entri terbaik untuk ustaz ustazah yang terpaksa menyediakan bahan mengajar atau membuat soalan ujian dalam tulisan jawi. Jika anda kurang mahir menaip jawi anda boleh gunakan converter percuma yang disediakan oleh website http://www.ejawi.net/converterV2.php?go=rumi
cuma taip ayat rumi di dalam petak yang disediakan, kemudian tekan  butangconvert atau tukar, dalam satu saat, ayat jawi akan muncul di petak bawah...memang mudah, kemudian anda boleh kopi dan gamkan di document microsoft excell...cubalah!!!