Pages

Wednesday, April 21, 2010

Mulakan Berblog---->posting

Entri kali ini akan mengajak anda bagaimana menulis blog

ikuti sahaja langkah mudah ini:

------->Pilih button 'Posting'

Blogger

------->Title: tulislah apa sahaja tajuk posting pertama anda

------>Link: sekira ingin membuat pautan kemana-mana web/blog berkaitan

------>kotak menulis (seperti rajah A dibawah) disini anda bebas menulis apa sahaja berdasarkan tajuk anda

------>setelah selesai sila klik publish untuk terus dipaparkan di halaman blog anda, atau, save now untuk disimpan, bermakna tidak akan terpapar di halaman blog anda, boleh disimpan untuk diedit pada masa akan datang.


BloggerRajah A


Selepas anda klik pada publish akan keluar seperti ini:

sila klik view blog (anak panah merah) untuk melihat hasilnya...taraaaa...

Blogger

inilah hasilnya, sungguh mudah kan! Sila ikuti posting akan datang, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ---->Layout


Rujukan imej:sembangkomputer.com

Cara Buat Blog


Anda tahu apa itu blogspot? secara ringkasnya, blogspot berfungsi sebagai satu diari elektronik yang mempunyai pelbagai keistimewaan sekiranya kita pandai mengolah dan menggunakan dengan baik. Jika anda bijak memanfaatkannya, tidak mustahil, dengan berblog sahaja anda boleh menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan modal pun!

Mesti dah teruja tu kan, okey tanpa melengahkan masa lagi saya akan menunjukkan bagaimana mencipta blog anda sendiri secara asas...

Step 1: daftar dulu

Sekiranya anda masih belum mempunyai emel, sila buat emel dulu, ikut pilihan anda samada melalui yahoo atau gmail.

Jika sudah ada emel, anda boleh mula sekarang.

sila ingat step dibawah sebelum masuk ke laman blogspot:

blogspot---->create your blog now----->ikuti tiga langkah mudah

P/s: klik pada imej untuk lebih jelas!

1. Create a google account (terdapat beberapa maklumat yang perlu anda selesaikan)

a. Email address : ni maknanya, anda perlu masukkan emel yang telah anda buat sebelum ni.

b. Retype Email address : tulis emel anda sekali lagi

c. Enter a password: Masukkan kata laluan anda, yang terbaik mesti ade gabungan huruf dan nombor, contoh aku123hang

d. Retype password: masuk kata laluan tadi sekali lagi, mesti sama, kalau tak akan di reject!

e. Display name: Letakkan nama anda atau nama samaran yang anda suka..nama ni akan keluar kalau anda buat posting nanti

f. Word verification: tulis semula perkataan yang diberi

g. Acceptance of terms: sila klik di petak kecil, pastikan keluar tanda right, kalau anda tak klik, sampai bebila pun dia tak terima..

h. dah selesai, klik 'continue'


Step 2: Namakan blog

  1. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah jika anda mahu. Yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet untuk pergi ke blog anda. Sila tetapkan alamat blog anda yang paling sesuai, kerana ianya tidak boleh diubah selapas ini!
Step 3: Pilih Template
  1. Anda bebas memilih template, samada melalui template yang disediakan atau mengambil template lain dari mana-mana site yang menyediakannya secara percuma!
    Pendaftaran Blogger
Jika sudah berpuas hati dengan template pilihan anda sila klik continue...'blog anda sudah sedia digunakan!'

Pendaftaran Blogger

Ikuti posting akan datang untuk mengetahui bagaimana untuk memulakan blog anda!




Rujukan imej: sembangkomputer.com

bagaimana membuat backlink?

Backlink dari page yang berkualiti mampu menjadikan anda popular!

Jika blog atau website yang telah popular meletakkan link website atau blog anda di dalam web/blog mereka maka peluang untuk anda amat cerah untuk menjadi popular seperti mereka. Ini kerana, pakcik google telah dapat mengesan banyak perkara dalam website berkualiti tersebut sehingga menjadikan mereka popular. Jika anda berada dalam link mereka maka, anda juga akan mudah dikesan oleh google. Namun begitu terdapat lain-lain perkara lagi yang harus diberi perhatian.

-----------MEMBUAT BACKLINK-----------

Antara cara lain untuk membina backlink dari blog/web anda ke web/blog lain ialah dengan membina perkataan yang mengandungi link, atau dalam bahasa IT nya Anchor Text link.

Anchor text ialah ialah teks atau perkataan yang mengandungi link yang mana apabila di klik pada text tersebut, ia akan membawa kita kepada mana-mana website yang di ingini. Contoh:

internet (masukkan link untuk perkataan ini)------->internet----> jika anda klik pada perkataan internet, anda akan dibawa ke link blog/web yang yang anda inginkan.

-----------MEMILIH BACKLINK-----------

Search Engine (SE) seperti Google juga amat menitikberatkan kualiti sesuatu backlink. Backlinks yang berkualiti ialah :-

  1. Baclinks dari page yang mempunyai Page Rank (PR) yang tinggi, iaitu 4 ke atas.
  2. Backlinks dari pelbagai domain dan IP.
  3. Backlinks yang menggunakan keyword yang yang mengandungi link (Anchor Text)
  4. Backlinks yang diperolehi dari website yang mempunyai isi kandungan yang berkait rapat dengan isi blog/web anda.

Tips untuk mendapatkan backlink----->sila rujuk posting akan datang..just wait a second!