Pages

Tuesday, April 20, 2010

Kepentingan backlinks untuk menaikkan pagerank anda

Setelah saya mengkaji sedikit sebanyak mengenai pagerank, secara tidak langsung saya terpaksa memahami pula apa itu backlinks, kerana backlink merupakan elemen penting untuk mendapatkan pagerank yang tinggi.

Apa itu backlink?

Backlink merupakan, link dari website lain ke website anda. Dikenali juga sebagai, inbound links, incoming links, inlinks atau inward links

Untuk lebih faham, saya bawakan analogi dibawah,

Anda mempunyai website sendiri iaitu websiteanda.com

Saya mempunyai website saya sendiri iaitu websitesaya.com

Jika saya meletakkan link websiteanda.com di dalam websitesaya.com, ini bermakna web websiteanda.com telah mendapat backlink dari websitesaya.com.

terdapat beberapa jenis backlinks, antara yang saya tahu ialah, Yang pertama , link sehala: iaitu website A menambah link website B pada blog atau webnya sahaja. Yang kedua, link 2 hala, dimana kedua-dua website tersebut bertukar-tukar link. Yang ketiga ialah 3 way backlink, jenis ini saya masih belum benar-benar memahaminya (masih dalam kajian=). Walaubagaimanapun ade pendapat mengatakan link sehala adalah lebih baik dari link 2 hala.

Kaitan backlink dengan SEO

Jika anda faham apa itu SEO dan apa itu Backlink, maka tidak menjadi masalah untuk anda memahami perkaitan kedua-dua elemen tersebut. Gabungan kedua-dua ini boleh membawa website atau blog anda berada dalam kedudukan pagerank yang lebih baik.


No comments:

Post a Comment