Pages

Wednesday, April 21, 2010

Cara Buat Blog


Anda tahu apa itu blogspot? secara ringkasnya, blogspot berfungsi sebagai satu diari elektronik yang mempunyai pelbagai keistimewaan sekiranya kita pandai mengolah dan menggunakan dengan baik. Jika anda bijak memanfaatkannya, tidak mustahil, dengan berblog sahaja anda boleh menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan modal pun!

Mesti dah teruja tu kan, okey tanpa melengahkan masa lagi saya akan menunjukkan bagaimana mencipta blog anda sendiri secara asas...

Step 1: daftar dulu

Sekiranya anda masih belum mempunyai emel, sila buat emel dulu, ikut pilihan anda samada melalui yahoo atau gmail.

Jika sudah ada emel, anda boleh mula sekarang.

sila ingat step dibawah sebelum masuk ke laman blogspot:

blogspot---->create your blog now----->ikuti tiga langkah mudah

P/s: klik pada imej untuk lebih jelas!

1. Create a google account (terdapat beberapa maklumat yang perlu anda selesaikan)

a. Email address : ni maknanya, anda perlu masukkan emel yang telah anda buat sebelum ni.

b. Retype Email address : tulis emel anda sekali lagi

c. Enter a password: Masukkan kata laluan anda, yang terbaik mesti ade gabungan huruf dan nombor, contoh aku123hang

d. Retype password: masuk kata laluan tadi sekali lagi, mesti sama, kalau tak akan di reject!

e. Display name: Letakkan nama anda atau nama samaran yang anda suka..nama ni akan keluar kalau anda buat posting nanti

f. Word verification: tulis semula perkataan yang diberi

g. Acceptance of terms: sila klik di petak kecil, pastikan keluar tanda right, kalau anda tak klik, sampai bebila pun dia tak terima..

h. dah selesai, klik 'continue'


Step 2: Namakan blog

  1. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah jika anda mahu. Yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet untuk pergi ke blog anda. Sila tetapkan alamat blog anda yang paling sesuai, kerana ianya tidak boleh diubah selapas ini!
Step 3: Pilih Template
  1. Anda bebas memilih template, samada melalui template yang disediakan atau mengambil template lain dari mana-mana site yang menyediakannya secara percuma!
    Pendaftaran Blogger
Jika sudah berpuas hati dengan template pilihan anda sila klik continue...'blog anda sudah sedia digunakan!'

Pendaftaran Blogger

Ikuti posting akan datang untuk mengetahui bagaimana untuk memulakan blog anda!




Rujukan imej: sembangkomputer.com

No comments:

Post a Comment